Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kenaikan kadar duti eksais ke atas produk rokok dan alkohol berkuat kuasa 1 November 2025 di bawah inisiatif Belanjawan 2026.
Kerajaan akan melaksanakan inisiatif Pendidikan Percuma PTPN melibatkan 5,800 anak daripada keluarga miskin yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Sebanyak RM46.5 bilion diperuntuk dalam Belanjawan 2026 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), meningkat berbanding RM45.3 bilion tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sejumlah RM2.2 bilion diperuntuk bagi meneruskan pelaksanaan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan tinggi termasuk RTB Sungai Buloh Fasa 2.
Pelepasan cukai pendapatan individu RM3,000 diperluas ke pusat jagaan harian atau transit berdaftar bagi anak berumur sehingga 12 tahun berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2026.
Kerajaan meneruskan Program Air Tidak Terhasil (NRW) Kebangsaan dengan kos RM3 bilion dalam usaha meningkatkan capaian air bersih seluruh negara.
Lebih RM700 juta diperuntuk menerusi Belanjawan 2026 bagi merancakkan sektor pelancongan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hampir RM15.5 bilion hasil rampasan dan kutipan penalti berjaya diperoleh semula badan penguat kuasa bawah pentadbiran kerajaan Madani
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2026 bertemakan Belanjawan Madani Keempat: Belanjawan Rakyat di Dewan Rakyat
Ekonomi Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan sederhana antara 4 hingga 4.5 peratus pada 2026, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau persiapan akhir Belanjawan 2026 di Kementerian Kewangan hari ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima persembahan cadangan Belanjawan 2026 yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan akan menghubungi Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, bagi membincangkan strategi memecahkan tembok di Rafah untuk membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan ke Gaza.
Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby mencadangkan, misi kedua itu dibuat dengan penghantaran bantuan melalui jalan darat di Mesir
Kejayaan itu mencerminkan hasil usaha diplomatik berterusan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Penjelasan kementerian bahawa minuman keras dihidangkan selepas selesai acara rasmi adalah tidak wajar kerana dasar kerajaan secara tegas tidak membenarkan ia dihidangkan sama sekali
Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung hari ini tidak dapat dijalankan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipanggil ke Istana Negara pagi ini.
Pendirian Malaysia terhadap pelan damai yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhubung konflik Palestin-Israel menjadi tumpuan utama pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Malaysia dan Pakistan perlu menggiatkan semula kerjasama dua hala dan bergerak ke arah dasar yang lebih agresif dan progresif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia dan Pakistan menegaskan semula kepentingan kerjasama serantau dalam pengurusan bencana serta bantuan kemanusiaan, di samping menyatakan pendirian bersama terhadap isu global utama termasuk situasi di Gaza, Islamofobia dan kestabilan serantau.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.